BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 11, 2009

AHLAN WASAHLAN

Bismilllahirrahmanirrahim,
Kehadarat Allah aku merafa' tinggi di atas anugerahNya kepada aku dan kepada se
kalian makhluk Allah di muka bumi ini.
Aku ni bukanlah seorang penulis yang berbakat dan aku juga bukanlah seorang pembahas yang baik. Namun begitu aku ini hanyalah insan biasa yang diciptakan oleh Allah dengan sedikit kelebihan.
InsyaAllah, aku cuba sedaya mampu untuk berkongsi dengan antum mengenai apa yang aku miliki.
Korang nengok bahasa aku ni mcm gangster jer, tap
i aku sebenarnya memang gangster pun hehehehe.. takdelah aku mcm biasa jer.. tak gangster pun. InsyaAllah, melalui penulisan aku nanti korang bolehlah serba sedikit mengenali diri aku ini. Aku ni tak pandai nak bercerita tapi suke berceloteh, tengok keadaan juga, adakalahnya aku ni lebih kepada marang merapui kepunden parang skeperr... Biasalah kehidupan kita ini bukanlah senantiasa tersenyum kadangkala tersengih dan kadangkala juga kita tersendu. Biarlah apa yang berlaku kita hendaklah maintain dengan senyuman dan juga pastikan kita berfikiran positif (husnu zhan). Kita yang sebenarnya mengatur kehidupan kita, kerana itu kita diciptakan sebagai seorang khalifah. Maka sifat kempimpinan itu sudah ada di dalam diri kita, hanya kita sahaja yang nampak tak nampak, kadang-kadang tu buat-buat tak nampak. Rasanya dah panjang sangat mukadimah aku ni, korang mesti pening dan mual dengan gaya penulisan aku yang begitu selamba (ye ke?). Setiap orang ada pandangannya masing-masing, segala kritikan dan teguran adalah pembina diriku. Hanya antum yang nampak kelemahanku, maka aku sendiri akan memperbaiki kalau perlu, kalau tak perlu aku tak baiki la selagi ianya tidak membatasi setiap apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq kepada Makhluk seperti aku ini.

0 comments: