BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 13, 2009

CERIA

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Mahabbah Fillah

Hari ni mcm biasalah.. apa yang biasa tu? ana pun tak tau apa yang biasa tue tapi buat-buat mcm biasa lah.. pagi yang hening ini, ana ingin mengucapkan syukur kepada Allah Taala kerana masih lagi mengurniakan nyawa kepada hambanya yang lemah ini.

Keluar sahaja ke rumah terus stat enjin.. ngeng ngeng ngeng... panaskan enjin dulu.. releks dulu sambil korek idung ops! takleh batal pose nanti.. jadi tak dapatlah korek idung. Duduk sambil memerhatikan ciptaan Allah, apa yang ditengoknya tue? tengok langit yang semakin cerah. Kemudian ana meneruskan perjalanan ke pejabat. Macam biasalah, jem tu tak dapat nak dielakkan. Setiap pagi kesabaran ana ni diuji dengan jem, jadi untuk mengelakkan rasa marah atau geram maka hiasilah wajah ini dengan senyuman.
Kalau kita terserempak dengan orang yang membawa kenderaan dengan laju maka jangan kita cepat bersangka buruk, tapi tanamkan sifat bersangka baik, yelah mungkin orang itu ada penyakit cirit birit ker, nak buang air kecil ker, ada panggilan kecemasan ker atau apa-apa la, jadi kita kena senantiasa bersangk
a baik. Tapi kalau dia merempit maka tak perlulah nak bersangka baik kerana itu namanya mangkuk ayun de al fonso... orang mcm tu kita kene doakan agar diberikan hidayah dan petunjuk di jalan yang lurus. Tapi ada cerita mengenai petunjuk di jalan yang lurus.. kisahnye mcm nie. Ada beberapa kumpulan remaja yang sedang merempit, mereka cilok sana cilok sini orang kata memang baik punye cilok!, jadi waktu dorang senang kembang hidung bercilok-cilok maka 2 orang daripada mereka ni berlanggar dengan sebuah lori yang sedang melintas. Maka berderailah motosikal remaja tue. Akhirnya ramailah orang datang ingin membantu mat rempit tue, seorang daripada mat rempit tu mati ditempat kejadian manakala rakannya pula cedera ringan tak ringan parah tak parah (tengah2 la). Jadi seorang pakcik ni pun bagitau kepada mat rempit tu "Awak nengok apa dah jadi! nampak kawan awak tu dah tak bernyawa lagi!" lalu mat rempit itu pun menjawab dengan nada selamba "Baguslah pakcik, kurang-kurang dia mati di jalan yang lurus.." Pakcik tu pun terdiam dan dalam hati pakcik tu berbisik (Samdol jugak mat rempit ni!). Yelah, mana taknyer mereka ni merempit memang di atas jalan yang lurus takde belok-belok.

Maka begitulah riwayat cerita itu yang tak tahu dari mana datang sumbernya cerita itu. Kalau orang cerita itu bohong maka ana pun bohong jugalah namun begitu
ana mohon maaf dahulu yer. Masalah mat rempit ni sukar nak dibendung, mana tidaknya mereka ini tergolong dalam golongan remaja yang tidak dapat pendidikan akhlak yang sempurna. Hinggakan mereka berani membahayakan diri sendiri dan orang lain demi mencapai keseronokkan. Persoalannya adalah mengapa mereka boleh jadi seperti itu? jawapannya mudah "KESERONOKAN". Apa jua perkara kalau ia membawa keseronokan maka kita akan mengulangi perkara itu, contohnya kita makan nasi lemak, kalau nasi lemak tu sedap dimakan maka pasti kita akan mengulanginya kerana kesedapannya, lama kelamaan dia menjadi kegemaran. Macam orang hisap dadah juga, mula-mula takut tapi bila dah kena dah rasa sedapnya maka dia akan mengulanginya kerana sedapnya hisap dadah itu hinggalah sampai tahap ketagih.

Keseronokan mat rempit ini boleh bertukar menjadi hobi dan akhirnya ia akan menjadi tabiat yang sukar untuk dibendung. Apatalah lagi kebanyakkan daripada mereka ini berumur lingkungan 16 hingga 30 tahun. Ia dikategorikan sebagai remaja kemudian mereka ini majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam. Kita sudah tahu sebab utama adalah keseronokkan, jadi bagaimana hendak membendung keseronokan yang melampau ini? Siapa yang harus bertindak? jadi anda dikurniakan akal maka fikir-fikirlah mcm nabil kata Lu Pikirlah Sendiri!....

Mohon maaflah, apalah ana melalut sampai masuk bab mat rempit. Apapun ana cuma mengutarakan pandangan ana kepada umum. Apapun Islam itu adalah cara hidup, dan Islam itu begitu indah kepada siapa yang menghayati dan mengamalkannya. Syukur kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana menghidupkan ana dalam Addinul Islam
.

Marilah mendengar lagu Nasyid dari kumpulan Da'i Nada. Kumpulan ini adalah Pelajar-pelajar Indonesia di Universiti al-Azhar, Mesir. "Ma Li Rabbun Siwah" - Tiada Bagiku Tuhan SelainNya.


0 comments: