BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 19, 2009

JAGALAH KESIHATAN


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Letih hihihi... Pulang sahaja dari opis, ana terus ke gym untuk meneruskan sesi mengetafkan badan (betul ke ayat tu? hantam je la!). Dalam perjalanan ke gym, mata ana mula menunjukkan sintom-sintom kengantukkan yang amat sangat. Mula mate ini kuyu, dan ana nengok kereta depan ana tu, kejap dekat kejap jauh, dah la mcm tue.. jalan yang satu menjadi dua..huhuhu.. tersenguk-senguk ana bawak kete. Nak wat mcmana kan, dah ngantuk sangat... tapi Alhamdulillah, sebab ana berjaya sampai ke gym. Lepak sebentar di dalam kereta, rasa semangat tu dah sampai, ana terus naik ke atas dengan hati yang waja. Hari ini, ana main shoulder (bahu), mcm semalam ana main chest (dada), setiap hari ana tumpukan kepada satu subjek atau satu latihan. Macam hari Isnin-chest, selasa-shoulder,rabu-back,khamis-kaki dan jumaat-tangan, kemudian sabtu ahad masa untuk rest dan aktiviti dengan family. Main gym ni bukannya senang, ia sangat memenatkan dan menguji mental kita. Ok la, ana ceritakan mcmana ana leh join gym nie. Ia bermula pada tahun lepas 2008, pada bulan 3 ana telah dimasukkan ke dalam wad akibat athsma (ana ni ada athsma dari kecik). Semasa ana dok kat dalam wad tue, ana banyak memuhasabahkan diri tapi kadang-kadang tu tensen gak, mane taknyer.. sebelah kiri cina dan sebelah kanan india. Masing-masing kene athsma tahap kene tebuk leher, huhuhu dasat sungguh. Ana terpinga-pinga jugak masa tue, tapi nak wat mcmana kan itulah nasibku. Seminggu ana di wad dan doktor kasi MC seminggu di rumah, lame tu ana cuti. Setelah itu, ana pun keluar dari wad. Rasa syukur sangat dan best sangat, mane taknyer.. dok dalam wad ni bukannya aman, huhuhu kalau nak tencing tue, masyaAllah.. payah nak citer, apatah lagi kalau nak mandi. Selama ana dok dalam wad, solat ana terjaga cuma yang tak dapat nak jaga adalah wuduk ana. Macamana nak jaga, awek-awek nurse ni asyik datang kat ana jer.. tapi dorang tak ngorat pun sebab masa tu ana ni tak hensem mcm zed zaidi, masa tu muke ana ni mcm brad pit jer (hihihihihihi)... takdelah mcm burung pipit jer. Jadi selepas daripada peristiwa itulah menyebabkan ana bertekad untuk menjaga kesihatan ana, ana pun terus mendaftarkan diri ana menjadi membership atau kawankapal kat STARS GYM di Bandar Baru Uda. Alhamdulillah, sehingga sekarang ana mantainkan diri di gym tue, kekadang bila ana puasa pun ana gi gak, ana rasa ok jer takde rasa mcm nak buka.. itulah kehebatan puasa. Ana main gym, ana main kosong jer.. tak makan protein atau apa-apa berkaitan dengan meningkatkan kebesaran otot ini. Tu yang lambat sikit naik tue, walaupun begitu, berat badan ana daripada 94 kg turun sampai 77 kg. Seluar ana semua dah londeh-londeh, last ana pakai seluar bersaiz 38 dan hampir mencecah 40, tapi sekarang ni dah 34, ana nak turunkan lagi selagi boleh la. Dan kelebihan main gym ni, ia secara tak langsung mengajar teknik pernafasan, dan sejak daripada tu ana tak kene athsma cuma dalam bulan lepas ana hampir nak kene tapi tak sampai tahap sesak nafas, cuma batuk kahak jer. Jadi ana sudah nampak kesannya, maka ana akan teruskan menjaga kesihatan ana. Cukuplah untuk hari ini kita belajar cara nak menjaga kesihatan yang mantops.

Wassalammualaikum, terimalah video eksesais dari ana :).. kikikikikiki...



0 comments: