BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 12, 2009

Buah Fikiranku

Bismillah.. Assalammualaikum,
Alhamdulillah, hari ni rasanya segar bugar.. kembang hidung dibuatnya. Naik kereta dengan senyuman, insyaAllah semua kerja kita akan menjadi mudah. Hari ini, tiada apa-apa sangat nak dibuat, cuma update fail-fail yang perlu. Akhir bulan ni sibuk dengan program, so semoga program yang akan datang ni memberikan output yang baik kepada masyarakat semua.

Saban hari menunggu waktu yang dinantikan, apa yang dinantikan itu? ana lam ya'rif (saya tak tahu). Kita hanya merancang namun Allah jualah yang menentukannya, jadi apa yang penting adalah usaha untuk mendapatkannya. Usaha itu begitu penting di dalam kehidupan kita andai hidup tanpa usaha umpama sebuah kenderaan yang baik tiada pemandunya, maka matlamat penciptaan kenderaan itu tidak tercapai kerana tiada penggeraknya. Usaha itu adalah tanggungjawab ke atas seseorang untuk melakukannya. Andai dia berusaha dengan gigih nescaya akan diringankan bebanannya namun kalau dia malas maka sebaliknya pula. Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan usahanya sendiri. Maka usaha yang dilakukan hendaklah dimulai dengan niat yang baik dan murni kerana itulah 'swicth on' nyer, kemudian hendaklah disusuli dengan amalan dan perbuatan kerana itulah arus elektriknya dan kadang-kadang satu amalan yang baik tu kita terlupa satu perkara yang tersangat penting dan tersangat disukai oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Istiqamah' atau dalam bahasa kita ni 'maintain'. Andai kita ada ketiga-tiga perkara itu, maka insyaAllah ia akan membuahkan hasil sepertimana yang kita inginkan dan adanya barakah di sisi Allah.

Diriwayatkan daripada Anas (Radiyallahu 'Anhu). katanya : Nabi S.A.W. bersabda : "Tiga perkara yang jika terdapat di dalam diri seseorang maka dia akan memperolehi kemanisan iman: Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka." Riwayat Bukhari dan Muslim



0 comments: