BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 14, 2009

Ziarah Abang

Assalammualaikum, Selepas sahaja menunaikan solat Isyak, ana terus baring di atas katil memandangkan mata ana ni mengantuk tahap gaban. Namun semasa ingin melelapkan mata, ibu ana berada di muka pintu bilik ana sambil dia kata "Jom ziarah abangah ko tu, keluarga dia kan tak sihat, orang sakit kita kene ziarah nanti kalau kita sakit......" dok dengar ibu dah cakap mcm tue, ana bergegas terus mencapai kunci kereta. Memang waktu tu dalam keadann mai-mai. Namun ana fikirkan yang pertama keluarga abg ana tak berapa sihat dan yang kedua adalah perintah ibu ana. Jadi ia satu perkara yang wajib bagi ana dan ana wajib menunaikannya. Sesampai jer di sana, nak tahu apa terjadi? nak tahu tak? hehehehe mestilah nak tahu kan.. anak buah ana yang bernama Arif Nufail bila sahaja di terpandang wajah ana, dia terus berlari meluru ke arah ana sambil mengangkat tangannya. Apalagi nak suruh dukung dan lambung dia la. Biasalah budak-budak kecik, dia suka main ngan ana. Ana main geletek-geletek ngan dia, rindu gak ngan anak buah ana ni. Ana main cak-cak ngan dia, hihihihi seronok sangat dok main ngan dia. Tapi kesian dia, dia kene sakit mata.. merah mate dia. Abang dia Afnan Naufal pun sama gak, dah sepet mate sebelah. Takperlah, segala penyakit itu adalah penghapus dosa dan ia juga menguji tahap redha kedua orang tuanya. Tahu tak makna redha? redha maksudnya menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang terbuka dan berusaha memperbaiki kekurangan terhadap sesuatu ketentuan itu. Kalau orang sakit, maka untuk memperbaiki penyakit itu kene jumpa doktor kan.. takkanlah nak pegi jumpa mekanik pula hihihi tak kene tempatnya dan itu dah ditakrifkan sebagai Adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Rasa seronok bila berjumpa ngan anak buah, lagipun ana pun dah lama tak ziarah rumah abang ana ni. Abang ana ni orangnya cool dan steady dan dia salah seorang anak kesayangan ibu dan ayah ana. Ana pula mcmana? Wallahu A'lam.. yang pastinya ibu dan ayah ana sayangkan ana juga serta adik beradik yang lain. Kalau tak sayang kami, rasanya dah tentu kami dibesarkan di dalam bakul sampah. Alhamdulillah, ucapan terima kasih tak terhingga kepada ayah dan ibu :). Sampai sini sajalah, ngomelan ana pada hari ni dan malam jumaat ini. Hari jumaat ni disunatkan membaca surah al-Kahfi. So kalau ada masa baca yer.. esok pagi jangan lupa niat mandi sunat jumaat dan pakai wangi-wangi yer. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Kita jumpe lagi wa ila liqa'. Wassalammualaikum.Dengarlah sebuah lagu di bawah ini, lagu ni bertajuk Anak Soleh yang dinyanyikan oleh Rabbani. Lagu ni memang menyentuh jiwa ana. Lagu ni masa tahun 1998, masa tu ana baru jer tingkatan 5. Hayatilah liriknya... Berbuat baiklah kepada orang tua mu.. :).


0 comments: