BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

AL-KISAH BAHASA ISYARAT


Assalammualaikum,

Ana nak berkongsi cerita dengan antum semua mengenai satu kisah bahasa isyarat. Ana nak kupaskan di dalam pendidikan dan bimbingan kepada anak-anak. Ana sarankan kepada kaum bapa atau ibu pastikan setiap apa yang kita larang atau tegah itu jelas dan difahami oleh kanak-kanak yang baru mengenal buruk dan baik.

Ada satu kisah ni, seorang ayah ni kerap menggunakan bahasa isyarat atau body language kepada anaknya. Jika anaknya itu melakukan sesuatu yang salah maka ayahnya akan menjeling dengan renungan yang tajam dan ia membuatkan anaknya itu merasa takut dan mengetahui perkara itu salah dan akhirnya dia tidak melakukan benda tue.
Kemudian, si ayah ni pun membawa anaknya itu ke surau untuk solat maghrib. Kita pun sedia maklum, budak-budak ni kalau dah jumpa kawan-kawan dia mesti jadi mcm citer upin dan ipin.. hihihhi.. lain pulak budak nie. Si anak ni mmg seorang yang baik dan diam ajer duduk dalam surau tue.. jadi si ayah berada di sof pertama dan si anak di sof belakang, maklumlah belum sunat lagi. Jadi bermulalah solat maghrib, si imam pula memakai kain pelikat pastu seluar dalam dah la tak pakai.. kemudian bila imam bangun dari sujud maka terselitlah kain imam itu dicelah pungungnya. Maka si anak ni pula terlalu baik, akhirnya dia meluru ke arah belakang imam tersebut untuk membetulkan kain imam tersebut. Apabila si anak itu berjaya membetulkan kain imam yang terselit kat pungungnya itu maka si ayah pula mula tak khusyuk dan menjeling anaknya dengan jelingan yang tajam dengan disulami perasaan marah. Apabila anaknya perasan akan jelingan ayahnya itu maka dia tahu perkara yang dia buat tu adalah salah. Dan akhirnya apa yang telah berlaku... si anak itu menyelitkan semula kain imam itu di celah pungung imam tersebut maka mengeleteklah imam pada ketika itu.. dan mufaraqah la imam itu.. sepatutnya makmun yang mufaraqah ini si imam yang mufaraqah.

Moralnya, didiklah anak dengan lisanmu kerana bicaramu itu pasti akan mencorak warna anak itu dengan lebih baik. Coraklah anak itu dengan Akhlak yang Mulia...
Wassalammualaikum...

0 comments: