BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 26, 2009

Ujian

Pada jam 10 pagi ana ada jemputan untuk memberikan ceramah. Pada pagi tu ana keluar sarapan dengan rakan setugas ana, kemudian ana minta sahabat ana ni hantarkan ana ke tempat ceramah tersebut dan ana pesan padanya supaya ambil ana pada jam 12 tghri. Ana memberi ceramah selama 2 jam di Hutan Bandar, Johor Bahru.

Setelah habis memberi ceramah, ana pun menunggu sahabat ana diluar. Kemudian hujan turun renyai-renyai.. namun ana tetap menunggu.. satu jam juga ana menunggu tetapi sahabat ana tidak muncul-muncul. Ana pun bertekad untuk berjalan kaki ke ofis ana, tak jauh mana pun dalam 4 km dari Hutan Bandar tue. Ana pun mulakan langkah berjalan dalam hujan renyai-renyai, habis baju ana basah.. badan pun dah berpeluh2. Mana taknyer, ana berjalan dengan pakai baju pejabat pastu selamber jer muka ana. Ana berjalan kaki sambil menguiskan senyuman... kekadang ana terasa nak tergelak sebab pikirkan diri ana nie. Ye la, pakai smart-smart leh lak jalan kaki dalam hujan...huhuhuhu... bila ana dah rasa kepenatan, ana singgah petronas dan beli air 100 plus. Ana pun meneruskan perjalanan, orang ramai nengok ana berjalan dengan selambernyer. Sabo je lah, wat mcmana... ana sangka baik jer kat sahabat ana tue, mungkin dia terlupa atau ada kerja yang perlu dibuat. Masalahnya satu jer, hanset ana tertinggal kat ofis, lupa nak bawa sekali. Tu yang tak dapat call, dah tu ana ni malas nak naik teksi, lagipun ana suka jalan kaki sebab leh eksesais sekali hihihihihi... ana berjaya sampai di ofis daerah, dan ana berehat di sana. Ana call sahabat ana mengunakan telipon ofis dan sahabat ana mohon maaf sebab terlupa jadi ana suruh dia amik ana kat daerah. Ana betul-betul letih tadi, tapi satu pengalaman yang menarik, dulu masa belajar pun, ana jalan kaki jugak so dah ada pengalaman :).

Walauapapun yang berlaku ke atas diri kita, apa yang penting kuiskan senyuman, jgn buat orang susah pada kita, senangkan mereka. Penat ana itu hilang serta merta selepas ana menunaikan solat zohor, itulah hikmah kesabaran dalam diri. Jadilah orang penuh kesabaran di dalam apa jua ujian yang diberikan.

Wassalammualaikum...

0 comments: