BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 12, 2009

DESERAN ANGIN

Malam ini rasanya sungguh sejuk, bila pulang sahaja dari ofis ana singgah dulu ke gym.. setelah selesai bersenam.. ana melihat mendung awan mula berarak. Dalam perjalanan pulang ke rumah ana melihat dentuman kilat yang menyambar begitu terang dan mengegarkan jiwa ana yang pada ketika itu tenang. Tanpa ana berfikir bibir ana mula membaca doa "Allahuma la Taqtuluni Bi Ghadabika Wa La Tuhlikuni Bi a'zabika" sebanyak 3 kali. Ana pada ketika itu teringat kisah seorang ustaz dan anaknya ketika menunggang motosikal mati dipanah petir. Dan ana fikirkan apakah kematianku seperti itu? Apakah amalanku ini sudah mampu untuk membawaku ke syurga, dengan nada yang penuh kesal dan rendah diri kepada Allah. Ana bermohon agar ditunjukkan kepadaku jalan yang lurus. Ana terus membaca surah al-Fatihah dan berulang kali ana memahami maknanya sehinggakan jiwaku merasa pengharapan yang besar kepadaMu Ya Allah.
Ribut semakin kuat, ana sudah tidak nampak jalan di hadapanku. Ana cuba mencelikkan penglihatan sehabis mungkin walaupun ku sedar mataku ni sepet mmg tak boleh nak bukak besar mana pun mate ini namun ana tetap ikhtiar. Akhirnya sampa juga ana di rumah, tatkala keluar kenderaan, ana dapat rasakan deseran angin yang begitu kuat hingga ana nak kunci alarm kereta pun tak boleh. Ana terus berdiri dan mencuba menekan beberapa kali punat alarm.. akhirnya berjaya. Memang kuyup ana masa tue, habis basah lencun.. terus menuju ke bilik dan membersihkan diri.. kemudian ana menunaikan solat maghrib dan sedikit membaca al-Quran. Selepas itu ana menunggu waktu isyak.... sujud syukur kepadaMu Ya Rabbi, ana ni insan yang lemah namun ana senantiasa berusaha menjadi yang terbaik di sisiMu Ya Rabbi.
Bagi ana, kehidupan ini hanyalah sementara. Harta yang banyak mana sekalipun kematian tetap dan pasti akan dilalui. Dalam kereta tadi pun ana fikir sejenak, kebetulan depan ana tu kereta BMW 5 series. Tapi bagi ana ianya hanyalah bersifat sementara, kereta mantap mcmanapun kalau takde minyak takleh jalan. Ana nengok seorang memakai Hanset Nokia N95, Fuyoo!! canggihnyer.. tapi kalau takde line, takde gunanya kan.. mcm malam kemarin la.. leh lak takde line.. tak tau apa masalahnyer.. ana harap dia paham la. Banyak kita mengingati mati, kita hebat mcmana sekalipun tapi kalau takde iman maka sia-sia la kita diciptakan mcm kereta BMW ngan Nokia N95 tadi tu la. Apa yang penting! kerjasama.. wonderpet-wonderpet kami datang membantu mereka dalam kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah...wooonder pet yeah!. Walauapapun jadilah orang yang bijak kerana orang yang bijak itu orang yang dapat menahan hawa nafsunya dan beramal untuk kematiannya.
Akhirulkalam, Selamat Beramal :)... ada satu lagu kat bawah ni.. best lagu nie... ana suka dgr lagu ni, walaupun mcm jiwang sikit namun begitu jiwang itu adalah anugerah Allah maka peliharalah ia dari gangguan syaitan yang direjam.


0 comments: