BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 15, 2009

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Petang,

Hari ini ana tak pergi gym, rasa mcm takde mood. So ana terus balik rumah dan ana rasa letih sangat-sangat. Kenapa ana rasa letih ek? sebab ana terpaksa mengharungi jem yang panjang. Menguji kesabaran ana lagi. Jangan risau Allah senantiasa bersama dengan orang-orang yang sabar :). Akhirnya ana pun berjaya meredah segala jem-jem tersebut. Sampai sahaja di rumah, ayah ana suruh ana ambil anak buah ana kat sekolah. Jadi ana pun pergi amik anak buah ana kat sekolah. Nama anak buah ana ni Nur Insyirah Balqis, istimewanya nama ni adalah kerana ana yang berikan nama ni pada abang ana. Maka melekatlah nama ini pada si budak kecik sorang ni. Insyirah ni orangnya selamber dan cenderung kepada agama. Kalau dia main semayang-semayang ngan adik serta sedare2 dia, sudah mestinya dia yang jadi imam yang laki jadi makmum huhuhu.. dah tu kalau rukuk tu bukan main lama dan tak i'tidal terus sujud, dasat betul ana buah ana ni, mane mazhab la dia pakai ni hehehehehe. Sesampai jer di sekolah tu, ana dok menunggu si budak kecik nie. Tunggu punye tunggu dia tak kuar-kuar, ana pun dok risau dah.. mane lak dia ni pegi. Sekali tu dia tegur ana dari belakang dan bawah "Pakde Pakde... Hehehehe.." terkojut den nengok.. ingat mambang mana tadi. Yelah, dah la kecik, ana tak perasan. Kesian ana nengok dia, badan dah le kecik pastu bawak beg rasa hampir 5 kilo. Ana bawakkan beg dia sampai ke kete ana, hmmm.. teringat masa ana kecik-kecik dulu, kalau pegi sekolah bawak duit sekolah cuma 30 sen jer. Pastu jalan kaki ke sekolah dengan bawak bebanan yang berat, sekolah kat atas bukit pulak tue. Orang nengok dah mcm askar nak pegi perang. Tapi tak mengapalah, yang penting kita pergi nak meunutu ilmu. Takpelah, kisah silam itu biarlah menjadi kenangan yang berharga kepada hidup ana dan ana leh la ceritakan pada anak-anak ana nanti, InsyaAllah. Bile la nak dapat anak kan hihihihi... Ya Allah, temukan aku jodoh yang solehah :). Amin... Kite jumpe lagi, sebelum tu mcm biasalah.. dengarlah lagu di bawah ini sebagai halwa telinga tapi barangsiapa yang ada tahi telinga yang tebal sile korek dan buang. :)


0 comments: