BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 19, 2009

Ada yang cemburu

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Senyum :),

Perjalanan ana sebagai seorang insan yang lemah tidak lepas dari dugaan dan ujian. Terutamanya di tempat kerja. Ada seorang pegawai wanita yang tidak berpuas hati dengan ana, dan menceritakan keburukkan ana pada org lain. Apa yang ana katakan, di depan ana begitu mesra tetapi di belakang ana, ana rasa sedih sangat.

Ana sentiasa berpandangan baik dangan dia dan ana senantiasa menguiskan senyuman pada dia, yelah ana anggap dia sebagai seorang pegawai senior dan kakak yang baik dan suka membantu. Namun, kenapa ianya berlaku? Ana tidak pasti apa yang dia cari. Takkan masalah peribadi dia sampai ana kene attack. Biarlah, kalau dia nak kata apa pada ana, apa yang penting ana perlu menjadi yang terbaik untuk masyarakat.

Teman-teman ana di sini, semua support ana dan mereka pun geram gak... cuma ana minta mereka cool dan teruskan kerja kerana Allah. Setiap usaha yang kita lakukan hendaklah ikhlas dan jangan meminta.

Sedangkan Nabi dan Rasul diuji Allah, apatah lagi ana sebagai manusia yang biasa, tak lepas daripada diuji Allah. Ana doakan semua teman-teman ana di sini dirahmati dan dilindungi Allah hendaknya.

Akhirulkalam, Salam Perjuangan dari Ana.

Wassalammualaikum..

0 comments: