BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 13, 2009

Soalnya Hati

Salam mahabbah fillah,


Ana adalah insan yang tidak cukup perfect. Sudah sunnatullah setiap manusia itu dilahirkan dengan perasaan cinta. Namun sepertimana Nabi bersabda "Cintailah seseorang itu kerana Allah dan Rasulnya", maka sudah menjadi lumrah perasaan ini hadir. Walaubagaimanapun soal hati ini bukanlah urusan orang luar, tapi ianya hak milik pemilik hati tersebut. Allah jualah yang akan merubah hati seseorang itu sepertimana pepatah arab mengatakan "Dinamakan manusia itu kerana sifat pelupa dan dinamakan hati itu kerana ia berubah-berubah". Andai Allah ingin membalikkan hati seseorang itu maka akan terbaliklah hati itu walau sedetik percikan api. Kita selaku manusia tidak mampu untuk mengubahnya namun hanya pada Allah jualah kita akan kembali dan menjadi tempat pertolongan.

Setiap hari dan setiap 5 waktu yang wajib kita mengadu kepada Allah dengan melafazkan "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in" maksudnya Engkaulah kami sembah dan Engkau jualah tempat kami meminta pertolongan. Ana hanya mampu berdoa kepada Allah dgn kudrat kemampuan ana. Apa jua yang Allah berikan pada ana, ana akan menerimanya dengan hati yang penuh keredhaan dan kesyukuran. Andai dia bukan milik ana maka itu adalah kebaikkan bagi ana dan andai dia adalah milik ana sujud syukur ana kepada Allah. Setiap malam ana beristikharah kepada Allah, mengadu harap kepadaNya agar dikurniakan insan solehah yang mampu menjadi srikandi dan ibu mithali kepada zuriatku. Semoga doakan dimakbul oleh Allah Taala, kekadang berjumpa dengan teman-teman mohon kepada mereka agar dapat mendoakan ana.
Ana tidak tahu hati seseorang itu kerana ia terlalu abstrak dan sukar untuk difahami dan ana akan berusaha untuk memahaminya walaupun kekadang tersalah laku maka dari situ ana tahu kemahuannya.

Kita serahkan segala pengharapan kepada Allah Taala, kerana Dia yang mengatur perjalanan hidup kita namun kita harus berusaha agar kehidupan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ana akan sentiasa mencuba menjaga hatinya, walaupun dia tidak tahu namun Allah itu lebih Maha Mengetahui. Apapun ucaplah Alhamdulillah kepada Allah mcm lagu bawah nie :)...




0 comments: