BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 31, 2009

LAWAKNYER

LAWAK 1

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

LAWAK 2

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

LAWAK 3

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you

LAWAK 4

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha.....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

LAWAK 5

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju. "Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

LAWAK 6

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

LAWAK 7

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan,Mael
diterkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss...sssee...selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

LAWAK 8

Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

LAWAK 9

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

LAWAK 10

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang..

honkhonkhonkkkk

LAWAK 11

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki
itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

LAWAK 12

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni..
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

honkkhonkkhonkk

LAWAK 13

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

LAWAK 14

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

































JANUARI




















Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik.



Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang


dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat




sensitif, berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali


telah dirangsang. Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah



mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.



Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pada



kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu



belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yang sangat tinggi.
























FEBRUARI


















Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent,



Bijak dan genius. Berpesonaliti yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain.


Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras


Hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak



Apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat


sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh.


Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka



memberontak. Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan



untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan



sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman



tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah


dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.























MAC




















Berpesonaliti yang menarik dan menawan.. Mudah didampingi. Sangat pemalu



Dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah


simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam




persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai



dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah



dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan


penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak



dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka



diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka


dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalam bidang muzik.. Kecenderungan


kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.
























APRIL




















Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat



menyesa.l Sangat menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental



yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).


Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada


perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan



pemurah. Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan



bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan. Kuat daya ingatan


Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan


Orang lain. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu


cemburu.




























MEI




















Kekerasan hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran



Yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati orang lain


& menarik perhatian. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental



& fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah




dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka


berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang



lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya


khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal



yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta



melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam.



Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.























JUN




















Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik.




Berperangai yang lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood. Idea yang

terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Otaknya aktif




(sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera.




Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak &



bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang

yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena


selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih &



cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat nak sembuh apabila terluka hati.


Suka kepada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang


Tidak terkawal. Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa



Menegur saya adalah kawan saya.


























JULAI




















Sangat seronok didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti




Terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga dan maruah diri. Tak


Suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah



Dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah.


Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang


berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda



remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, caring dan



mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa dengan semua orang.



Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain dengan


pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka




mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah.

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.. Tak agresif kecuali terpaksa Lemah



Dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kawal tak kawal diet. Minta disayangi.


Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin



Dalam membuat kerja.



























OGOS




















Suka berlawak. Mudah tertawan kepadanya. Sopan santun dan




Caring terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu taku.t Orangnya agak tegas & bersikap

kepimpinan. Pandai pujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai



harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar



biasa.. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya



dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir.


Fikiran yang berdikari.. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan.



Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak



Mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk relak..



Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih & penyayang. Suka mencari kawan.























SEPTEMBER


















Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti &




teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkriti.k Pendiam tapi pandai


bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat



perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna.


Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya



pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.



Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah



memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan



rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya Terluka


hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda



yang luas. Bersistematik.



























OKTOBER


















Suka sembang. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jalan tengah.



Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai



berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.



Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.



Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali



diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan


orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi


yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka


melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut.



Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat



Tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi


persekitaran. Mudah patah semangat.


























NOVEMBER


















Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami



sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea


baru yang luar biasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus



dan tinggi. Bagus untuk jadi doktor. Cermat dan teliti Personaliti dinamik.



Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak



berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak



kesabaran. Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga


berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain.


Pandai muhasabah diri. Cara berfikir lain dari orang lain. Otak yang



Sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan



Semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai

berjaya. Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat



mendalam. Romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk


di rumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan



pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita



tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
























DISEMBER


















Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam




Permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi.


Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok




didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka


dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura.


Cepat marah. Perangai yang berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang


Sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan


berfikiran dengan logik.