BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 18, 2009

MIMPI



Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Hari Selasa

Alhamdulillah hari ini ana mengharungi pagi dengan penuh ujian dari Allah, hehehehe.. nasib baik ana sedar, tayar kereta ana pancit habis.. entah la rasa mcm ada org sabotaj.. ye ker? husnu zhan, maybe angin tu kuar sebab dah lama sangat dok dalam tayar tue.

Ana nak ceritakan tentang hari kemarin, hari yang telah berlalu dengan penuh kepegunan dan kesyukuran. Ianya hanyalah sebuah mimpi, mimpi yang hanya bersifat mainan tidur. Tetapi tidak seperti mimpi yang ana lalui ini, ia sesuatu yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t. Kekadang itu ana gembira dengan petunjuk namun ana khuatir kerana laluan ini pasti menimbulkan rasa cemburu oleh syaitan utk meruntuhkan wasilah fillah ini.

Pada malam itu, ana menunaikan solat isyak dan seterusnya menunaikan solat sunat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Dan ana tidur seperti biasa, dan masih lagi tiada apa-apa alamat dari Allah. Ana terus terjaga dan ana pergi membersihkan diri dan terus berqiam pada pagi tu, tatkala insan lain senang nyenyak tidur, ana memohon petunjuk dari Allah lagi. Ana tidak berputus asa, ana terus dan terus memohon kepada Allah. Ana sedar sesungguhnya ana ini manusia yang terlalu lemah di sisinya dan ana juga tidak sehebat manusia yang lain. Dengan kekurangan ini, ana bermohon sambil mengharapkan dengan penuh kepada Allah. "Ya Allah, Engkau tunjukkanlah padaku pilihanMu dan Engkau kurniakanlah kepadaku isteri yang solehah untuk diriku...". Dikala itu, ana merasa hampir denganNya, kerana hanya Dia sahaja yang senantiasa bersama ana walau dimana-mana.Dan setelah selesai beruzlah dengan Allah Taala, ana mengambil masa untuk tidur seketika. Dan pada itu bermulalah suatu kisah yang tak bisa dilupakan. Waktu ana lena tidur, terbias satu mimpi yang tak disangka-sangka, munculnya seorang wanita yang tidak kelihatan wajahnya melainkan kedua biji matanya kerana terlindung dengan niqab. Pada waktu itu dia memandang ana dan ana memandang dia. Kami saling pandang memandang, ana senyum dan dia dia dia... ana tak tau dia senyum ke tak sebab dia memakai niqab cuma nampak dari segi matanye yang semakin kecik, ana menyangka dia pun tersenyum ngan ana. Pada waktu dia memberitahu pada ana "Ana nak buka niqab, akhi jangan nengok yer, pejam mata.." bila saja dia bgtau mcm tu, ana pun pejamkan mata. Apabila ana membuka mata, ternyata...ternyata.. ternyata.. ana bermimpi dan subuh pun sudah datang memanggil. Ana bergegas bangkit dan terus menunaikan solat subuh.

Apabila ana teringatkan mimpi tersebut, membuatkan ana syukur sangat kepada Allah dan ana tersenyum sepanjang waktu itu. Ana gosok baju dalam keadaan tersenyum, bawa kete dalam keadaan tersenyum.. dah mcm org tak siuman senyum sorang-sorang. Semoga Allah merahmati kami semua dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami semua untuk terus dekat dan hampir kepada Allah yang Maha Penyayang. Siapakah gerangan wanita tersebut? Hanya Allah, ana dan dia sahaja yang tahu.

Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin, semakin banyak kita mengadu kepada Allah, semakin sayang Allah kepada kita :).

Wassalammualaikaum, sebelum tu, seperti biasalah ana sajikan sebuah lagu untuk antum semua.. :)

0 comments: