BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 24, 2009

DI PULAU BESAR


Assalammuaaikum w.b.t. dan Salam Mahabbah Fillah,

Pada 22 hingga 24 Mei 2009, ana telah berangkat ke Pulau Besar bagi mengurus Program Jawatankuasa Pemulihan Dadah Peringkat Negeri Johor di bawah Moto "Ke Arah Memperkasa JKPD Johor".

Segala persiapan telah dibuat, agak-agak bile tu dah pack semua barang-barang ana? hihihihi.. lepas solat subuh, ana baru nak packing barang-barang nak di bawa. Tidak mengapa sebab ana dah selalu outstation so buatlah apa yang patut. Ana bergerak ke sana dengan menaiki kenderaan jabatan dengan bersama beberapa rakan yang lain.

Sampai sahaja di jeti mersing, ana pun tergamam melihat speed bot yang dicanang-canangkan itu, sungguh menterbeliakkan mataku ini. Mane taknyer, yang diminta speed bot yang datang blues bot (slow bot). Memang blues la ana naik bot tue, slow n steady win the race. Kalau naik speed bot, ada la dalam 20 minit sampai, naik slow bot ini, ia memakan masa sampai 50 minit, nasib baiklah takde traffic light kat laut ni.

Ana dan rakan-rakan lain selamat tiba di pulau tersebut. Subhanallah! sungguh cantik permandangan pulau itu dan pantainya begitu bersih, pasirnya tersangat putih dan airnya terlalu jernih dan berwarna biru-kebiruan. Alhamdulillah dan rasa syukur yang amat sangat kepada Allah S.W.T.

Kalau dilihat pulaunya memang Subhanallah namun apabila melihat resortnyer MasyaAllah! ia sangat mengejutkan... sedih pun ada. Bukannya apa, ana ni bawa ahli JKPD yang kebanyakkan golongan profesional jadi ana rasa risau sangat mengenai keselesaan. Tapi natijahnya, mereka amat-amat tidak selesa dan ana dapat melihat riat wajah mereka umpama asam kecut yang sangat mengecutkan.

Namun apapun, program ini dapat berjalan dengan baik. Dan insyAllah, ana pun dah bisik-bisik kat pengarah ana dan pengarah ana pun bagitau inilah first dan last program kat sini. Cuma ana bgtau kat pengarah tempat mcm ni sesuai kalau buat program untuk kes atau pelajar. InsyaAllah, apa yang diharapkan adalah input dan output yang baik kepada para peserta dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Ana pun taklah pandai sangat nak menulis panjang-panjang, ni pun dah terbatuk-batuk ana di sini. Hermm... tapi rasa seronok dok kat pulau tu sebab boleh rasa ketenangan daripada hiruk pikuk kota dan kehidupan itu akan menjadi lebih tenang apabila disulami dengan zikir kepada Allah :).

0 comments: