BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 26, 2009

السلام عليكم يا! أهل الجنة

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih menyayangi hambaNya yang lemah ini. Ya Allah, lindungilah aku, bersihkan jiwaku dari sesuatu yang merugikan dan jauhkan diriku dari sifat marah yang menyakitkan.


Pagi ni, ana ada mesyuarat bersama pengarah di Pusat Serenti Tampoi. Ada perbentangan laporan program dan aktiviti serta perancangan program akan datang. Ana mewakili Cawangan Rawatan & Pemulihan sekadar memerhati jer sebab yang bentang ni dari daerah-daerah. Ana tidak memilih kerja tetapi sekadar menyampai ilmu dan bantuan takat kemampuan ana sahaja. Kerja ana memulihkan para penagih dadah, sesuatu kerja yang tersangat berat bagi ana. Masyarakat membuang mereka, tetapi kamilah yang mengutip mereka dari bawah jambatan, tempat-tempat yang kotor dan memberikan mereka sesuatu kehidupan yang baru.

Ana nak ceritakan pada antum semua, antum masih belum tahu lagi profil penagih dadah, antum kene tahu farmakologi dadah, kene tahu trend-trend penagihan, kena tahu punca dan langkah-langkah pencegahan. Ana buat takat yang mampu untuk membantu mereka ini semua, kita sedia maklum penagih dadah ni bukannya 100% normal, mereka ni diseliputi dengan berjuta masalah. Kami yang tidak berapa pakar, namun cuba sedaya upaya meningkatkan tahap motivasi mereka, menyalurkan ilmu-ilmu ukhrawi dan duniwai, memberikan mereka kemahiran dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. Dan menjadikan mereka ni manusia yang normal. Kerana itu, tercambah pemikiran ana untuk menghidup tombo ati di dalam diri penagih dadah itu.

Client ana ada ramai yang mengidap HIV/AIDS, dulunya ana ni takut untuk dekati mereka ini. Tapi apabila ana muhasabah diri dan memikirkan bahawa Allah tidak pernah meletak hijab terhadap hambaNya maka ana juga tidak meletakkan hijab antara ana dan mereka ini. Ana bergaul rapat dengan mereka, mereka selalu mengadu dan menanyakan kepada ana apa jua perkara-perkara yang mereka tidak tahu. Ana sedih, kerana tiap-tiap tahu pasti client ana meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Bila ana terkenangkan mereka ini, ana rasa sayu sbb tidak dapat membantu ssepenuhnya, semoga Ruh mereka dirahmati Allah hendaknya.

Bantulah penagih yang ingin berubah dan mereka yang ingin mencari cahaya, janganlah kita menutup cahaya dengan prasangka buruk yang terdapat di dalam hati. Nabi bersabda :
"اذا صلحت صلح جسد كله و اذا فسدت فسد جسد كله الا وهى قلب"
Bersihkan hati dan pamerkan akhlak yang mulia kerana itulah hasil dari iman di dalam jiwa dan ikhlas di atas niat yang satu hanya kerana Allah. Ilmu tanpa amal maka binasalah ia, amal tanpa ilmu maka kosonglah ia...

Renung-renungkanlah dan selamat beramal... :)

Wassalammualaikum...

0 comments: