BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

MIMPI LAGI

Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada semua manusia yang termasuk blog ana ni..

Ana mimpi lagi... nak tau ana mimpi apa?
Macam nie, kebelakangan ni ana selalu wat solat istikharah jadi citernyer.. tadi malam ana bangun pukul 2 pagi dan terus membersihkan diri. Ana pun mcm biasalah menunaikan solat sunat tahajjud, taubat ngan istikharah. Kemudian ana bermohon kepada Allah agar memberikan alamat untuk merajihkan alamat yang sebelum ini. Selepas selesai, ana online YM kejap dan dia pun ada, ana pun chat ngan dia, saja tanya kabar dia. Selepas itu, ana out dan terus mencapai Quran dan membaca surah at-Taubah. Selepas selesai membaca al-Quran, ana pun terus melelapkan mata seketika sementara menunggu azan subuh. Dalam lena tersebut ana bermimpi dengannya.. dengan dia.. panjang juga cerita mimpi tersebut... hihihihi.. ya Allah, dalam istikharahku memohon Engkau tunjukkan padaku dan Engkau telah memakbulkannya, Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. Semoga alamat ini menjadikan rabitah ini memberi sinar kebahagiaan untuk kami kelak. Kerana pilihanMu itu adalah yang lebih awliya' dari yang lain.

0 comments: