BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 4, 2009

Ujian Perkahwinan

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...

Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak
sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata
mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen
tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai
secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan
lain. Barangkali suami

puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh,
sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai
seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa
saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak
seberapa.. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan
saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai
perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah
tangga
, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak
utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan
setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan
saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa
saja,tetapi dia tidaklah sentiasa

tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk
atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama
bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru2 ini saya mendapat
tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya
sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang
terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan
seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,
tetapi setelah dikemukakan bukti dan
sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin
hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus
terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya
menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,
menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama
menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu
saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang
cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi
hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2
rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau
bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula
tebal, tidak menarik di rumah bila hanya berT-shirt
dan berkain batik. Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang
dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula
hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman
wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,
carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali
dunia yang baru mengaenai fashion, korporat,
jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita
tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk
membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk
berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah
hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi
dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut
hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan
membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi
untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan
sedikit tembam tetapi saya berazam

untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


P.S. (Pendapat Saya): Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwian adalah sebahagian kita mencari
keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan
perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah
dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya' Allah.

0 comments: