BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 17, 2009

Ibnu Taimiyah Idola Penganut Wahabi

Perkara-Perkara Yang Diiktikad Oleh Ibnu Taimiyah Dan Pembohongannya Terhadap Islam:
Sepertimana yang dimaklumi bahawa Ibnu Taimiyah telah melanggari perkara-perkara yang disepakati oleh para ulama (ijmak) lebih daripada 60 masalah sebagaimana yang disebutkan oelh Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi di dalam kitabnya Al-Ajwibah Al-Mardhiah Fi Raddi 'Ala Al-As'ilah Al-Makkiah dan Al-Hafiz Shamsuddin Ibnu Toulon dalam kitabnya Zakhairul Qasr Fi Tarajim Nubala' Al-Asr ketika menyebutkan tentang riwayat hidup Abdul Nafiq bin Irak Ad-Dimasyki.

Antara masalah-masalah tersebut:
1. Sumpah talak: Ibnu Taimiyah berkata: "Sesiapa yang melanggari sumpah, talak tersebut tidak jatuh cuma dikehendaki membayar kifarah (denda) sumpah". Fatwa ini tidak pernah disebut langsung oleh para ulama sebelumnya.
2. Talak ketika isteri didatangi haid tidak jatuh begitu juga talak ketika isteri suci daripada haid yang disetubuhi oleh suaminya. (Lihat kitab Ibnu Taimiyah: Majmuk Al-Fatawa)
3. Talak tiga jatuh kepada satu (Lihat kitab Ibnu Taimiyah:Majmuk Al-Fatawa)
Sebelum itu telah berlaku ijmak dan sesiapa yang ingkar masalah ini jatuh kufur.
4. Perempuan yang haid boleh tawaf di Kaabah tanpa kifarat.
5. Cairan seperti air tidak menjadi najis apabila tikus mati di dalamnya.
6. Solat yang sengaja ditinggalkan tidak perlu di qada. Sedangkan Imam Nawawi yang hidup sebelum Ibnu Taimiyah berkata di dalam kitabnya Al-Majmuk: "Ulama-ulama yang muktabar telah BERIJMAK bahawa sesiapa yang meninggalkan solatnya maka hendaklah ia mengqadanya kembali". Sekali lagi Ibnu Taimuyah melanggar ijmak ulama.
7. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa zat Allah berhajat kepada angota.
8. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Al-Qur'an kalam Allah itu bersifat baharu dan tidak azali. Di sini Ibnu Taimiyah telah menyifatkan Allah dengan sifat makhluk. Sifat Allah adalah azali. Sementara sifat manusia adalah baharu.
9. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa makhluk yag wujud di alam ini tiada baginya permulaan dan makhluk-makhluk tersebut telah wujud sejak azali bersama Allah!!. Perkara ini disebut dalam lima buah kitabnya iaitu: Muafaqah Soreh Al-Makqul Li Sohih Al-Manqul, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah, Syarah Hadis An-Nuzul, Syarah Hadis Imran bin Hushain dan kitab Naqd Maratib Al-Ijmak. Dan kesemua kitab ini dicetak dan ada di pasaran. Imam Bahauddin Abdul Wahab bin Abdul Rahman Al-Akhmimi As-Syafie telah mengarang sebuah kitab yang dinamakan Risalah Fi Raddi Ala' Ibnu Taimiyah Fi Mas'alah Hawadis La Awalla Laha bagi menangkis dakwaan Ibnu Taimiyah tersebut. Kitab ini juga dicetak dan berada di pasaran.
10. Ibnu Taimiyah telah menyerupakan Allah dengan makhluk (dinamakan akidah tasybih dan tajsim) di mana beliau mengatakan bahawa Allah itu berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain dan Allah berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah turun ke langit dunia sewaktu satu pertiga malam dan kemudian naik semula ke langit untuk duduk di atas Arasyh!!.
11. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah bertempat iaitu berada di bahagian atas (di atas Arasyh) dan mempunyai saiz (had) tertentu. Pengakuannya secara terang-terangan di dalam kitabnya di mana beliau mengatakan bahawa Allah saiznya sebesar Arasyh. (lihat kitab beliau: Kitab Al-Arsyh dan Minhaj As-Sunnah)
12. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah itu DUDUK di atas Arasyh sedangkan ulama mengkafirkan sesiapa yang mengatakan Allah itu duduk di atas Arasyh walaupun bukan seperti duduk makhluk
13. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ilmu Allah tiada kaitan dengan perkara yang tiada penghujung seperti nikmat syurga. Ini telah menafikan ilmu Allah kerana ilmu Allah itu tidak terbatas dan tiada baginya penghujung. Kata-kata Ibnu Taimiyah ini telah membolehkan Allah itu bersifat jahil dan ini adalah satu kekufuran!!
14. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa nabi-nabi Allah tidak maksum (tidak terpelihara daripada dosa kecil dan besar).
15. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tiada baginya kemuliaan selepas kewafatan baginda. Oleh itu umat Islam tidak boleh bertawassul dengan baginda selepas baginda wafat. Hal ini disebutkan dalam kitabnya 'Qa'idah Jalilah Fi At-Tawassul Wal Wasilah'.
16. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa sesiapa yang bermusafir untuk menziarahi kubur Rasulullah maka perbuatannya itu adalah haram. Oleh itu sesiapa yang bermusafir untuk tujuan tersebut maka tidak boleh baginya mengqasarkan sembahyangnya. Kata-kata ini ditentang dan dikecam oleh Al-Hafiz Taqiyuddin As-Subki di dalam kitabnya Syifa As-Siqam Bi Ziarati Khairil Anam.
17. Ibnu Taimiyah mengatakan bahwa azab ahli neraka akan tamat dan tidak kekal. Kata-kata ini dimuatkan oleh anak murid kanannya yang bernama Ibnul Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitabnya Hadil Arwah Ila Biladil Afrah. Masalah ini ditentang oleh Imam Tajuddin As-Subki di dalam kitabnya Al-Iktibar Bi Baqa Al-Jannah Wa An-Nar. Antara kata-kata Imam Tajuddin As-Subki: "Sesiapa yang mengatakan bahawa neraka tidak kekal, sesungguhnya dia di dalam neraka yang akan kekal".*
* Perhatian: Kekalnya neraka dan syurga adalah dengan masyi'ah dan iradah (kehendak) Allah disebabkan keduanya makhluk.Neraka dan syurga keduanya mengikut lojik akal boleh musnah tapi keduanya kekal disebabkan Allah berkehendak yang demikian.
18. Antara masalah yang paling anih yang ditimbulkan oleh Ibnu Taimiyah yang tidak pernah terkeluar dari mulut seorang muslim pun iaitu kata-katanya:"Kitab Taurat dan Injil tidak diubah dan diselewengkan lafaznya, bahkan lafaznya adalah kekal seperti asal tanpa sebarang penyelewengan. Yang diselewengkan ialah makna lafaz kitab Taurat dan Injil sahaja!!. Masalah ini merupakan antara iktikadnya kerana beliau sememangnya menggunakan Taurat dan Injil dalam menyatakan dan menguatkan hujahnya bahawa Allah tinggal di langit dan duduk di atas Kursi atau Arasyh. Beliau menyebutkan di dalam kitabnya Syarah Hadis Nuzul:"Di dalam Injil, Al-Masih (Nabi Isa) telah berkata: "Janganlah bersumpah dengan langit kerana ianya kurinia Allah. Berkatalah Al-Masih kepada Al-Hawariyun (sahabat-sahabat NAbi Isa): "Jika kamu memaafkan manusia maka sesungguhnya BAPA kamu yang berada di langit mengampuni kamu semua. Lihatlah kepada burung-burung yang berterbangan di langit sesungguhnya burung-burung tersebut tidak menanam juga tidak menuai apatah lagi menghimpunkannya di udara. BAPA kamulah yang di langit itu memberi rezeki kepada mereka. "
Bagaimanakah Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kitab Taurat dan Injil tidak diselewengkan sedangkan secara terang-terangan lafaz BAPA disebut di dalam kitab Injil. Benarkah kata-kata Ibnu Batutah, seorang penegembara yang terkenal, tentang Ibnu Taimiyah:" Di dalam akalnya ada sesuatu (masalah)". Dan kata-kata Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi:"Ilmu Ibnu Taimiyah lebih besar daripada akalnya". (maksud beliau Ibnu Taimiyah ini akalnya kurang sehingga tidak dapat membezakan perkara yang sebegini jelas).
19. Ibnu Taimiyah telah mencela para khalifah Rasulullah. Perkara ini telah disebutkan di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah dan di bawa oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya Ad-Durar Al-Kaminah antaranya:
a. Celaannya kepada Saidina Abu Bakar (r.a) dengan mengatakan beliau Islam ketika umurnya sudah tua dan tidak tahu apa yang dikatakannya!!". Sesungguhnya Ibnu Taimiyah seperti golongan Ar-Rawafidh (syiah) yang mencela Saidina Abu Bakar sedangkan beliau adalah sebaik-baik manusia selepas Rasulullah.
b. Celaannya kepada Saididna Usman (r.a) dengan mengatakan bahawa beliau seorang yang cintakan harta.
c. Celaannya kepada Saidina Ali (r.a) dengan mengatakan:" Sesungguhnya Ali memeluk Islam ketika masih kanak-kanak dan setengah pendapat mengatakan bahawa Islam seorang kanak-kanak adalah tidak sah". Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa menyertai peperangan bersama Ali bukanlah wajib dan tidak juga sunat hukumnya bahkan memberi kemudaratan kepada umat Islam dan tidak membawa sebarang manfaat.
Inilah celaan yang paling terang dan jelas terhadap Saidina Ali kerana Ibnu Taimiyah menganggap Saidina Ali menjadikan jiwa umat Islam sebagai mainan dengan memerangi Muawiyah sedangkan Saidina Ali beramal dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud:"Maka jika salah satu dari dua golongan menderhaka (bughat) terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang menderhaka tersebut sehingga mereka kembali kepada perintah Allah". Jadi kata-kata Ibnu Taimiyah secara tidak langsung menentang firman Allah yang menyuruh memerangi golongan yang menderhaka.
Sesungguhnya Saidina Ali adalah orang yang pertama di dalam sejarah yang memernagi golongan yang menderhaka untuk merealisasikan perintah Allah. Beliau pernah berkata:"Aku diperintahkan memerangi an-nakisin, al-qasitin dan al-mariqin. Maksud Al-Qasitin ialah ahli Syam yang memerangi Saidina Ali yang diketuai oleh Muawiyah. Hadis ini diriwayatkan oleh An-Nasaie di dalam kitab Al-Khosois dan juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thabrani .
Nabi sendiri pernah bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang mencela Ali sesungguhnya telah mencela diriku". (diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitabnya Al-Musnad, dan juga An-Nasaie dalam Al-Kahsois dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).
Para ulama mengatakan Ibnu Taimiyah sebagai munafik, zindik dan kafir (orang yang berpura-pura menyatakan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran) oleh kerana iktikadnya yang sedemikian.
Berikut disebutkan nama para ulama-ulama dan kitab-kitab yang dikarang untuk mengecam dan menentang Ibnu Taimiyah:
1. Qadhi mazhab Maliki yang bernama Muhammad bin Abu Bakar.
2. Qadhi mazhab Hanafi yang bernama Muhammad bin Al-Hariri Al-Ansori
3. Qadhi mazhab Syafie Badruddin Muhammad bin Ibrahim bin Jamaah.
4. Qadhi mazhab Hanbali Ahmad bin Umar Al-Maqdisi.
*Ibnu Taimiyah telah dipenjarakan dengan persepakatan para qadhi daripada empat mazhab ini pada tahun 726 Hijrah.
Perkara ini disebutkan dalam kitab Uyun At-Tawarikh karangan Ibnu Syakir Al-Kutubi dan kitab Najmul Muhtadi karangan Ibnu Mu'lam Al-Qurasyi.
5. Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-Eid
6. Al-Hafiz Al-Mujathid Taqiyuddin As-Subki yang wafat pada tahun 756 Hijrah di dalam kitabnya:
a. Al-Iktibar Bi Baqai Al-Jannati Wa An-Nar
b. Ad-Durratul Madhiyah Fi Ar-Raddi 'Ala Ibnu Taimiyah
c. Syifa As-Saqam Fi Ziarati Khairil Anam
d. Naqd A-Ijtimak Wal Iftiraq Fi Masa'il Aiman Wat Tholaq
e. An-Nazru Al-Muhaqqiq Fi Al-Halfi Bi At-Tholaqi Al-Muallaq.
7. Al-Hafiz Salahuddin Al-Alai'e yang wafat pada tahun 761 Hijrah juga telah mencelanya di dalam kitabnya Al-Was'yu Al-Muklam.
8. Qadhi Kamaluddin bin Az-Zamlakani yang wafat pada tahun 727 Hijrah. Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan mengecamnya di dalam dua buah risalahnya. Risalah pertama di dalam masalah talak dan risalah kedua di dalam masalah ziarah makam Rasulullah.
9. Qadhi Sofiyuddin Al-Hindi yang wafat pada tahun 715 hijrah telah berdebat dengannya.
10. Al-Hafiz Az-Zahabi yang wafat pada tahun 748 Hijrah iaitu anak murid Ibnu Taimiyah sendiri di dalam dua buah risalahnya yang berjudul bayan Zaghlul Ilmi Wa At-Tolab dan An-Nasihah Az-Zahabiyah telah mencela Ibnu Taimiyah setelah beliau mengetahui hakikat Ibnu Taimiyah yang sebenarnya.
*Risalah Bayan Zaghlul Ilmi Wa At-Tolab ini boleh didapati di dalam kitab Saif As-Soqil yang di ulas oleh seorang ulama hadis yang bernama Syaikh Muhammad Zahid Al-Kausari. Kitab ini juga dicetak dan berada di pasaran.
11. Ahli tafsir yang terkenal yang bernama Abu Hayyan Al-Andalusi yang wafat pada tahun 745 Hijrah dan di dalam kitabnya tafsir An-Nahru Al- Mad menyebutkan bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan Allah itu duduk di atas Kursi. Kitab tafsir ini juga berada di pasaran.
12. Seorang pengembara yang bernama Ibnu Batutah (wafat tahun 779 Hijrah) di dalam kitabnya Rehlah Ibnu Batutah menyebut bahawa Ibnu Taimiyah menyifatkan yang Allah turun ke langit dunia sepertimana beliau turun dari tangga mimbar !!. Kitab ini juga berada di pasaran.
13. Imam Tajuddin As-Subki yang wafat pada tahun 771 Hijrah di dalam kitabnya Thobaqat As-Syafie'yah Al-Kubro menyebut beberapa kesesatan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama yang berdebat dengannya.
14. Seorang ahli sejarah yang bernama Ibnu Syakir Al-Kutubi yang wafat pada tahun 764 Hijrah yang mana beliau juga merupakan anak murid kepada Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Uyun At-Tawarikh menyebut peristiwa yang berlaku kepada Ibnu Taimiyah yang membawa kepada beliau dipenjara. Semuanya disebabkan kesesatan Ibnu Taimiyah sendiri.
15. Ibnu Hajar Al-Asqalani yang digelar Amirul Mukminin dalam ilmu hadis yang wafat pada tahun 852 Hijrah di dalam dua buah kitabnya yang bernama Ad-Durar Al-Kaminah dan Lisan Al-Mizan turut meneybutkan beberapa kesesatan Ibnu Taimiyah. Di dalam kitabnya Ad-Durar Al-Kaminah Ibnu Hajar menyebut peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Ibnu Taimiyah yang membawa kepada beliau dipenjara. Kedua-dua kitab ini ada dipasaran.
Di dalam kitabnya Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari, Ibnu Hajar menyatakan bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan yang alam ini ini qadim (terjadi dengan sendirinya tanpa ada pencipta). Lihat Fathul Bari juzuk 13, m/s:504, dalam kitab Tauhid,bab 22, cetakan Darul Kutub Ilmiah, cetakan pertama, 1989.
Di dalam kitab Fathul Bari ini juga, Ibnu Hajar menyebut bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kitab Taurat dan Injil tidak diselewengkan lafaznya, cuma yang diselewengkan ialah maknanya. ( Lihat Fathul Bari, juzuk 13, m/s:641, Kitab Tauhid, bab 55, cetakan Darul Kutub Ilmiah, cetakan pertama, 1989)
Ibnu Hajar juga menyebut tentang pengharaman Ibnu Taimiyah daripada menziarahi makam Rasulullah. Lihat Fathul Bari, Kitab Fadhlus Solah Fi Masjidi Makkah Wal Madinah, Bab 1, juzuk 3, m/s:85) - cetakan sama seperti di atas.

16.Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi yang wafat pada tahun 826 Hijrah di dalam kitabnya Al-Ajwibah Al-Mardhiah menyebutkan yang Ibnu Taimiyah melanggar ijmak lebih daripada 60 masalah samada dalam budang usul dan furuk.
17. Ahli sejarah yang bernama Ibnu Qadhi Syuhbah As-Syafie yang wafat pada tahun 851 Hijrah di dalam kitabnya Tarikh Ibnu Qadhi Syuhbah.
18 Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husni yang wafat pada tahun 829 Hijrah di dalam kitabnya Dafus Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada.
19.Syaikh Ala'uddin Al-Bukhari yang wafat pada tahun 841 Hijrah. Beliau telah mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan mengkafirkan orang yang menamakan Ibnu Taimiyah SYAIKHUL ISLAM. Perkara ini disebut oleh Al-Hafiz As-Sakhawi di dalam kitabnya Ad-Dhauq Al-Lamiq.
20. Al-Hafiz As-Sakhawi yang wafat pada tahun 902 Hijrah di dalam kitabnya Al-Iklan Bi At-Taubih Li Man Zamma At-Tarikh.
21. Syaikh Ibnu Hajar Al-Haithami yang wafat pada tahun 974 Hijrah di dalam tiga buah kitabnya:
a.Al-Fatawa Al-Hadisiyah
b. Al-Jauhar Al-Munazzam Fi Ziarati Al-Qabri Al-Muazzom
c. Hasiyah Al-Idhoh Fi Al-Manasik
Kesemua kitab ini ada di pasaran.
22. Ali Al-Qari Al-Hanafi yang wafat pada tahun 1014 Hijrah dalam kitabnya Syarah As-Syifa Li Qadhi Iyadh.
23. Syaikh Abdul Ghani An-Nablusi yang wafat pada tahun 1143 Hijrah telah mencela Ibnu Taimiyah dalam kebanyakn kitabnya.
24. Mufti Mesir yang bernama Syaikh Muhammad Bakhit Al-Muthi'ie yang wafat pada tahun 1354 Hijrah di dalam kitabnya Tathirul Fuad Min Danasil Iktikad.
25. Syaikh Muhammad Zahid Al-Kausari, wakil ulama semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang wafat pada tahun 1371 Hijrah dalam kebanyakan kitabnya. Antara kitabnya yang ada menyebutkan perihal Ibnu Taimiyah ini ialah Maqalat Al-Kausari. Kitab ini juga berada di pasaran.
26. Seorang ulama Mekah yang bernama Syaikh Muhammad Al-Arabi At-Tibban yang wafat pada tahun 1390 Hijrah di dalam kitabnya Baraatul Asy'ariyin Min Aqaidil Mukhalifin.
27. Syaikh Mansur Muhammad Uwais di dalam kitabnya yang berjudul Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyan. Kitab ini juga ada di pasaran.
28. Syaikh Abdullah Al-Ghumari seorang ulama hadis dari Maghribi (Morocco) di dalam kebanyakan kitabnya antaranya:
a. Itqanus Son'ah Fi Tahqiqi Maknal Bid'ah
b. As-Subhu As-Safir Fi Tahqiqi Solatil Musafir
c. Ar-Rasail Al-Ghumariyah
29. Syaikh Abdullah Al-Harari, seorang ulama hadis di Beirut, Lubnan di dalam kitabnya Al-Maqalat As-Sunniah Fi Kasyfi Dholalat Ahmad bin Taimiyah (Makalah Ahlus Sunah Dalam Membongkar Kesesatan Ahmad bin Taimiyah). Kitab ini juga ada di pasaran.
Ini hanyalah sebahagian kecil daripada nama-nama kitab dan ulama-ulama yang menentang dan membongkar kesesatan serta kekufuran Ibnu Taimiyah. Ianya memadai bagi siapa yang mahukan kebenaran dengan ikhlas.
Bagi mereka yang mencintai Ibnu Taimiyah disebabkan taksub yang membuta tuli maka kami bawakan untuk mereka kata-kata Saidina Ali di mana beliau berkata:" Agama itu tidak dikenali dengan orang, tetapi orang itu dikenali dengan agamanya". Antara kata-kata Saidina Ali lagi:"Kenalilah kebenaran, kamu akan kenal siapakah orang itu".
Setelah dinyatakan kesesatan Ibnu Taimiyah ini, adakah kamu memilih untuk mengikut kebenaran atau mengikut Ibnu Taimiyah? Manakah yang lebih utama untuk diikuti, kebenaran atau Ibnu Taimiyah?.Wallahhu Taala A'lam Wa Ahkam.

0 comments: