BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 10, 2009

Salam Khamis


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum,

Heningnya pagi ini, dengan rahmat dan kasih-sayangnya maka dihidupkan kembali ana untuk meneruskan safarah ana di muka bumi Allah ini.

Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi S.A.W. telah bersabda : "Tidak akan masuk ke syurga seorang yang takabbur di dalam hatinya walaupun satu zarah. Seorang lelaki berkata : Sekiranya seseorang itu mengemari memakai baju dan kasut yang indah? Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu indan dan mengemari keindahan. Sifat takabbur menghapuskan kebenaran dan manusia menghinanya" (HR Muslim)

Pagi ini, semak semua fail-fail dan laporan dari daerah. Masa yang terluang ana menghabiskan dengan mengulangkaji pelajaran Balaghah. Dah lama tinggal.. Start dengan Fasahah pastu Tashbih, Hakikat wal Majaz, Isti'arah, Majaz Mursal dan Kinayah. Banyak lagi nak kene belajar.. lom lagi masuk ilmu badi'.. tapi ana seronok belajar ilmu balaghah kerana ia memperhalusi percakapan dan hujjah kita.

So, apa tunggu lagi.. moh! belajar ilmu balaghah....

0 comments: