BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 15, 2009

Salam Isnin

Assalammualaikum w.b.t.

Ana akhukum fillah.. Hari ini tiada apa yang menarik pada diri ana. Menjalankan amanah seperti biasa. Hari ni ana pergi kerja naik motor, dah lama tak naik motor.. bila sampai jer ofis, rasa kebas pungung ana nie.. huhuhuhu...

Ana bawak motor dah mcm mat sumpit dah... tapi apapun ianya mengimbau kenangan lama. Ana ada pengalaman menaiki motor. Masa ana belajar di KUSZA, ana konvoi dari Terengganu ke Johor Bahru dengan kawan-kawan ana. Pengalaman pertama, ana konvoi dengan budak pahang, negeri sembilan, melaka dan kuala lumpur. Tapi, yang balik ke JB cuma 2 orang sahaja. Sampai sahaja di Muadzam Shah, motor kawan ana wat hal.. minyak hitam kering dan enjin mati kat tengah-tengah hutan. Nasib baik masa tu tinggal budak-budak Negeri Sembilan, so kami pun berhenti tepi dan masing-masing membuka tali beg. Kemudian disambungkan tali beg tersebut dan diikat pada motor kawan ana yang rosak tue. Mula-mula marshall tarik dengan motor RXZ, kawan ana tu naik motor kriss. Sampai sahaja di persimpangan Gemas maka mereka pun ingin berpecah dan tinggallah ana ngan kawan ana. Ana pun menunda motor kawan ana dengan menggunakan tali beg. Rasa badan terlalu penat dan letih, byk kali gak berhenti. Kalau diikutkan kami dijangka sampai ke JB sebelum Asar tapi yang tidak, sampai je JB lepas Isyak dalam Jam 9.30 mlm dari 6.00 pagi.
Bila sampai sahaja di rumah, memang badan ni lepak sangat-sangat... letih tahap gaban demam denggi... Dengan pengalaman itu telah membuatkan ana semakin nak berkonvoi lagi. Masa balik ke Terengganu, ana sorang sahaja dari JB.. ana bawak motor secara lone ranger sampai ke muadzam Shah, kawan-kawan ana dah tunggu kat sana. Selepas tu ana bawak motor dari JB ke Melaka dan dari Terengganu ke Kelantan.
Apapun, kenangan is kenangan... ianya suatu yang amat manis bila diingatkan.. namun ianya akan berlalu sebagai sebuah KENANGAN.

Apalah yang ana melalut dah nie.. apapun ana harap ianya satu perkongsian yang best walaupun tak best mane pun..
Akhirulkalam.. Bittaufiq wannajah fiddunya wal akhirah...

Wassalammualaikum...

0 comments: