BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Assalammualaikum

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulilah syukur kehadrat Allah yang menciptakan langit dan bumi dan yang mengurniakan kenikmatan dan keafiatan kepada kita semua. Syukur juga kepada Allah di atas anugerahNya kepada kita melalui nikmat Iman dan Islam, semoga kita akan menjadi insan yang taat dan redha di atas segala ketentuanNya. Minggu lepas dan minggu ini, ana bz dengan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Bandar Nusajaya. Apabila ana menjejaki kaki ke sana, ana melihat sebuah bangunan yang terseregam indah di hadapan ana. Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru, memang dasyat dan canggih. Kemudian ana masuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).. tempat perbahasannya memang kelas. Projek Nusajaya ini seakan-akan Putrajaya 2, dan memang ianya akan menjadi seperti Putrajaya. Banyak minggu juga ana kat dalam tue, memerhatikan perbahasan oleh setiap Ahli DUN. Bilangan majoriti dalam dewan itu didominasi oleh BN iaitu seramai 39 orang manakala PR pula hanya 6 orang (2 PAS 4 DAP). Apabila ana menyaksikan perbahasan tersebut, rasa kesian jugak nengok Ahli PR kat dalam tue, apapun diorang steady and cool, DAP ada banyak gak bangkitkan beberapa isu namun sentiasa ditolak, dan PAS pula banyak memerhatikan perjalanan DUN. Namun, jika anda berada di situ. Anda boleh menilai keperibadian seseorang.. kejangkalan dan kebijaksanaan seseorang itu. Memang harus dan wajib bagi seorang wakil rakyat mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan ilmu, kepetahan berhujjah dan amalan yang konsisten. Apa yang berlaku pada era globalisasi ini, ramai di kalangan pemimpin masyarakat yang mana pemikiran mereka tertumpu kepada proksi keduniaan malah ada di antaramereka lebih mengutamakan soal kepentingan diri dari permasalahan yang berlaku disekelilingnya. Ana memerhatikan di setiap perbahasan di dalam dewan tersebut, banyak membangkitkan soal kejayaan pemerintahan dalam perpaduan, ekonomi dan kestabilan politik. Wal hal, perkara itu memerlukan kepada konsisten di dalam amalan dan andainya ia tidak istiqamah maka perpaduan yang dicanangkan, ekonomi yang disuntik dan politik yang menikus tidak akan bisa mewujudkan keamanan negara. Kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi, masalah sosial yang semakin berleluasa dan penularan penyakit kronik berjangkit tidak dapat dibendung. Sudah tentu wujud persoalan siapakah yang bertanggungjawab di atas semua ini? namun apabila orang ramai menunding jari, ada mengatakan kami sudah menyediakan segala kemudahan namun ramai orang tidak memanfaatkannya. Soal kemudahan itu adalah perkara wajib dilaksankan oleh sebuah kerajaan dan apa yang paling penting adalah soal moral dan akhlak sebuah masyarakat. Jangan hanya mengejar dunia, akhlak diabaikan, inilah punca kepada kejatuhan sesebuah kerajaan apabila moral dan akhlak itu diabaikan begitu sahaja. Jalan penyelesaian kepada permasalahan itu telah lama wujud, namun keraguan dan kesangsian mereka ini membuatkan ada yang takut untuk melaksanakannya. Allah Taala sudah menurunkan segala hukum-hukumNya, tidak perlu dipersoalkan lagi tentang Maha Pencipta Peraturan kerana Dialah yang berhendaki sesuatu yang baik dan buruk. Namun sayang sekali, walaupun beribu masjid didirikan, walaupun al-Quran diperdengarkan, walaupun Sunnah diamalkan tetapi hati mereka masih lagi tertutup di atas pelaksanaan hukum Allah. Allah itu mahu memudahkan hambaNya dan bukan ingin menyusahkan hambaNya. Ini kedengkelan pemikiran dan jiwa pemimpin-pemimpin yang berproksikan Hubbun Dunya (Cintakan Dunia). Didoakan agar Al-Quran yang dijunung tinggi akan menjadi bahan rujukan utama bagi seluruh manusia di dalam dunia ini. Ingatlah, manusia tidak mampu untuk menghentikan kehendak Tuhan namun hanya Dia sahaja yang mampu menghentikannya. Bukalah al-Quran, tadadbburlah denganya dan amalkan setelah taddabbur. La Qira atal Quran illa Tadabburi..... InsyaAllah, kita jumpa lagi... Wassalammualaikum..

"Hiasi diri dengan kuntuman akhlak dari baja-baja al-Quran"

0 comments: